Sabtu, 05 April 2008

ginseng merah korea

GINSENG DAN KEGUNAANNYA

LIM ENG KHIM

KANDUNGAN

Pengenalan

Struktur Fizikal dan Habitat Ginseng

Kandungan Ginseng

Jenis-jenis Ginseng

Usaha Mencari dan Menggali Ginseng

Kegunaan dan Kebaikan Ginseng

Pandangan Ahli Nutrisi Terhadap Ginseng

PENGENALAN

Kaum Cina mula menggunakan ginseng sebagai ubat sejak 5000 tahun yang lalu. Orang Cina menggelar herba itu sebagai ginseng yang membawa makna 'tumbuhan manusia' (Man Plant) kerana bentuk tumbuhan herba itu yang merupai bentuk manusia. Kemudiannya ginseng diberi nama Latin atau sainstifik yang berbunyi Panax oleh ahli botani. Panax dalam bahasa Latin bermakna penyembuh sempurna bagi semua penyakit (cure all). Panax berasal daripada famili Araliaceae dan mempunyai hubungan yang rapat dengan famali Panacea. Selain daripada kaum Cina , orang tempatan Amerika Utara (North Native American) juga menggunakan ginseng sebagai ubat. Terdapat banyak ginseng semulajadi atau lebih dikenali sebagai ginseng liar yang tumbuh di benua Amerika Utara dan dikenali sebagai Panax quinquefolium

STRUTUR FIZIKAL DAN HABITAT GINSENG

Ginseng ialah tumbuhan yang berumur panjang yang boleh tumbuh sehingga beratusan tahun. Badan herba itu adalah pendek dan seluruh badannya terbenam dalam tanah. Pada kebiasanya habitat semulajadi ginseng adalah di lurah-lurah yang curam dan berteduh di hutan tebal. Sesebatang ginseng yang matang akan mempunyai lima daun di tangkainya. Ginseng akan berbunya pada setiap musim bunga. Kuntum bunga ginseng berwarna kelabu dan ianya akan bertukar menjadi gugusan buah yang berwarna merah tua pada penghujung musim panas. Ginseng akan terus tumbuh sehingga saiznya mencapai 7-21 inci. Badan ginseng adalah 100% akar yang berwarna kuning cerah. Ginseng mempunyai akar yang bercabang dan panjang.

KANDUNGAN GINSENG

Bahagian paling berharga bagi ginseng adalah bahagian akarnya yang berbentuk seakan-akan bentuk manusia. Akar ginseng mengandungi 16 jenis ‘ginesenosides’, karbohidrat, selulosa, mineral dan lain-lain lagi. Pada tahun 1960-an pengkaji-pengkaji di Moscow danTokyo menemui satu sebatian di dalam ginseng dan mereka menamakannya sebagai ‘terpenidol glycosides’. Mereka menjalankan satu eksperimen dengan menggunakan tikus dalam kajian, didapati sebatian tersebut dapat membekalakn lebih tenaga kepada tikus tersebut. Pengkaji-pengkaji mengesan sebatian itu terdiri daripada molekul gula dan molekul ‘terpenoid’. ‘Terponoid’ ialah sejenis hormon yang terdapat pada tumbuhan yang seripa dengan hormon pada haiwan. Kemudiannya, terpenodol glycosides telah dinamakan sebagai ‘ginesenosides’. ‘Ginesenosides’ yang memainkan peranan membuat ginseng terkenal dengan nama ‘ubat segala penyakit.’.

JENIS-JENIS GINSENG

Terdapat dua jenis ginseng di bumi ini, iaitu American ginseng dan Asiatic ginseng. Jadual berikut merupakan perbandingan antara dua jenis ginseng :

American ginseng

Asiatic ginseng

Nama sainstifik

Panax quinquefolium L.

Panax ginseng

Warna

Putih

Merah

Habitat

Southern Ontario ke Georgia dan Wisconsin

Utara China dan Korea Utara

Kesan ke atas fisiologi badan

'menyejukkan ' badan

'memanaskan' badan

Kandungan ginsenosides

3-4 kali lebih daripada Asiatic ginseng

1 kali

Asiatic ginseng atau Panax ginseng berwarna merah kerana ginseng tersebut telah diproseskan dengan cara-cara rahsia oleh pencari atau penanam ginseng bagi tujuan mengeringkannya. Proses pengeringan tersebut dijalankan selama 8-10 jam. Sementara itu, American ginseng dikatakan boleh menyejukan badan berlawan dengan Asiatic ginseng yang akan memanaskan badan adalah berikutan daripada kepercayaan orang Cina tentang Prinsip Kekutuban iaitu berkenaan dengan Yin Yan. Prinsip Kekutuban adalah satu idealogi yang diutarakan oleh golongan Toalisme yang berpendapat bahawa segala benda dalam alam ini wujud dalam pasangan yang bertentangan contohnya matahari lawan bulan, api lawan air, panas lawan sejuk, baik lawan jahat dan lain-lain lagi.

American ginseng mempunyai kandungan ginsenosides yang lebih tinggi daripada Asiatic ginseng maka ianya dikatakan mempunyai nilai perubatan yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah jenis ginsenosides yang terkandung di Asiatic ginseng tidak didapati di American ginseng.

Selain daripada dua jenis ginseng yang telah dibincangkan mungkin terdapat sesetengah daripada kita yang pernah dengar nama Serbian ginseng (Eleutherococcus seticosis). Pada hakikatnya, Serbian ginseng bukan merupakan ginseng atau Panax , ini kerana ianya tidak segenus dengan 2 jenis ginseng di atas. Tetapi Serbian ginseng berhubungan rapat Panax kerana merupakan ahli famali Araliaceae. Serbian ginseng tidak mengandungi ginsenosides tetapi mempunyai unsur-unsur yang merupai fungsi ginsenosides. Serbian ginseng tumbh di Rusia, China dan Jepun.

USAHA MENCARI DAN MENGGALI GINSENG

Bagi bangsa Cina purba, mereka percaya ginseng liar mempunyai kuasa ajaid. Semakin tua ginseng itu, semakin besar kuasa ajaidnya. Ginseng dipercayai berkemampuan untuk bertukar menjadi seorang budak dan herba itu barkebolehan bergerak sesuka hati ini bererti ianya boleh bertukar habitatnya. Pengaruh kepercayaan ini adalah kuat memandangkan terdapat buku cerita kanak-kanak Cina yang berkaiatan dengan ginseng dan kuasa luar biasanya.

Bagi seseorang yang ingin masuk ke dalam hutan untuk mencari ginseng, dia perlu berdoa kepada Tuhan Hutan sebelum memasuki hutan. Dan masa yang paling sesuai untuk mencari ginseng adalah pada musim ginseng berbunga dan musim berbuah kerana senang dikenali.

Seseorng yang bertuah berjumpai herba itu tidak boleh menggalinya secara terus. Ini disebabkan kepercayaan ginseng akan bergerak sendiri untuk mendarikan diri. Maka seseorang pencari ginseng perlu mencucuk empat batang kayu di sisi ginseng tersebut dan membentuk satu segiempat. Kemudiannya lilitkan dengan benang merah yang bertujuan untuk mengurungkan ginseng tersebut. Dengan langkah-langkah itu. maka dipercayai ginseng tersebut tidak akan bergerak lagi. Seterusnya pencari ginseng baru boleh mula menggali ginseng tersebut.

KEGUNAAN DAN KEBAIKAN GINSENG

Ginseng merupakan salah satu anugerah terbaik alam kepada manusia. Ginseng digunakan untuk meninggikan daya ketahanan fizikal dan mental manusia, meninggikan tenaga, menstabilkan fisiologi badan, merendahkan paras kelosterol dan mencegah penyakit kanser. Selain itu, peranan tradisional ginseng adalah meningkatkan keharmonian seks. Ginseng juga menguatkan fizikal badan untuk menentang keletihan. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan ginseng yang kerap menbawa manfaat untuk penyakit Alzhemer’s (penyakit kehilangan pengigatan), menangani penyakit diabetes (merendahkan kandungan gula dalam badan), mengatasi masalah penuaan (aging process), menguatkan sistem keimunan dan lain-lain lagi. Berikut merupakan keterangan lanjut tentang kebaikan ginseng :

MENGURANGKAN TEKANAN KEHIDUPAN

Kajia-kajian yang lepas dan berterusan hingga masa kini membuktikan ginseng berkesan menolong badan manusia dalam menangani masalah tekanan kehidupan. Dalam kajian yang dijalankan dalam makmal di Korea, Rusia, Bulgaria, Amerika Utara dan London yang menggunakan tikus sebagai eksperimen, menunjukkan tikus di bawah tekanan akan menjadi lebih lengah jika diberi dos ginseng yang ditetapkan. Buku yang berjudul "Ginseng, The Magical Herb of the East" yang dikarang oleh Stephen Fulder, menyatakan pengambilan ginseng membolehkan seseorang di bawah tekanan kembali kepada normal dengan lebih cepat. Adalah menjadi tradisi bagi askar China membawa bersama ginseng ke perang yang bertujuan meningkatkan kecergasan dan meringankan tekanan mereka. Pengkaji China dan Korea mendapati bahawa ginseng meninggalkan kesan positif kepada kelenjar adrena dan aktiviti minda.

TENAGA, KECERGASAN DAN DAYA KETAHANAN

Pada tahun 1980-an, segolongan pengkaji dari Universiti California mendapati bahawa ginseng dapat meningkatkan keefisenan penghasilan tenaga dalam badan. Ketika haiwan melakukan kegiatan kecergasan seperti bersenam. Ginseng membekalkan lebih banyak tenaga dan ini dapat meningkatkan tahap pencapaian seseorang itu.

Selain itu, didapati ginseng menstabilkan kadar metabolisme badan dengan menggalakkan pencernaan makanan, penghasilan tenaga dari makanan tercerna dan menyingkirkan toksik dalam tubuh manusia. Kandungan ginsenosides dalam ginseng mungkin memanfaatkan sistem sarafdalam tubuh manusia dengan mengalirkan lebih banyak darah ke otak dan mengaktifkan neuron tranmister di otak.

KARDIOVASKULAR

Ginseng dibuktikan memberi kesan positif kepada sistem kardiovaskular dan sistem saraf pusat. Menurut Fulder, orang Cina menggunakan ginseng sebagai salah satu cara tindakan kecermasan untuk menstabilkan tekanan darah selepas diserang penyakit sakit jantung secara tiba-tiba. Doktor-doktor Rusia dan Jerman pula berpendapat ginseng berkesan merendahkan tekanan darah tinggi. Selain itu, terdapat beberapa kajian yang menyatakan ginseng dapat merendahkan paras kelosterol dalam badan. Walaupun ginseng bukan merupakan agen perendah kelosterol tetapi disebab ginseng boleh menwujudkan sistem metabolisme yang lebih baik dan sihat yang seterusnya merendahkan aras kelosterol di dalam tubuh manusia. Oleh sebab, American ginseng yang bersifat Yin maka dipercayai lebih berkesan berbanding dengan Asiatia ginseng dalam tujuan ini. Menurut kajian yang dijalankan oleh pengkaji di Universiti Wisconsin, American ginseng didapati merupakan bahan-bahan yang paling berjaya untuk merendahkan kadar kelosterol dalam badan haiwan.

MENGUATKAN SISTEM KEIMUNAN

Fulder menjalankan satu eksperimen dengan memberikan sekumpulan haiwan makan ginseng lalu menjangkiti haiwan tersebut dengan bakteria yang boleh menyebabkan penykit. Keputusannya haiwan tersebut kekal sihat. Di Jepun, pengkaji mendapati bahawa ginseng dapat menguatkan sistem keimunan dengan mengukuhkan daya ketahanan sel darah putih yang bertindak sebagai pengawai keselamatan dan antibodi yang bertindak sebagai senjata untuk melawan sebarang mikroorganisma yang menyerang badan kita. Ginseng memperbanyakan sel darah putih dengan merangsang proses penghasilan sel darah putih di sumsum tulang.

MERAWATI KANSER

Didapati ginseng mampu melindungi badan kita dari kesan sampingan dadah dan terapi radioaktif dalam proses mengubati penyakit kanser (sinaran radioaktif digunakan untuk membunuh sel kanser). Pengkaji-pengkaji Korea dan Rusia menunjukkan pesakit yang memakan dos ginseng yang ditetapkan berkemampuan menahan peningkatan penggunaan dadah anti kanser. Ahli-ahli sains menjalankan satu eksperimen seperti berikut:

Tikus yang diberi ginseng berjaya merendahkan paras klorohidrat, ubat pelali dan alkahol dalam badannya. Ahli sains juga mendapati bahawa tikus tersebut menyumbuh dengan lebih pantas dan apabila dipancar dengan sinaran-X, daya resisten bertambah dua kali ganda. Selain itu, tikus tersebut lebih bercenderungan untuk hidup selepas disuntikkan dengan racun, bakreria dan dadah anti-kanser.

DIABETES

Oleh sebab ginseng berkesan mewujudkan satu sistem metabolisme yang sihat dan bersih, maka ianya dapat mengubati penyakit diabetes. Diabetes ialah ketidakseimbang paras gula di dalam darah. Ginseng boleh meningkatkan paras glukosa dalam darah jika badan kekurangan glukosa akibat suntikan hormon insulin yang berlebihan. Sebaliknya jika aras glokosa dalam tubuh haiwan meningkat dengan mendadak ginseng boleh merendahkannya. Inilah fungsi ginseng sebagai penyimbang aras glukosa dalam badan. Walau bagaimanapun, perlu dijelaskan bahawa ginseng hanya berperanan sebagai pembantu ubat dan bukannya pengganti ubat.

MENAMBAH KEHARMONIAN SUAMI-ISTERI

Ginseng telah dibuktikan berjaya meningkatkan potensi seksual lelaki. Pengkaji mendapati ginseng mengandungi kandungan-kandungan tertentu yang merangsangkan keaktifan hormon seks bertambah dan ini sekali gus menambahkan kekuatan lelaki dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami. Di Rusia, doktor mendapati bahawa ginseng dapat mengubati pesakit yang menderita akibat masalah kemanduran. Di samping itu, ginseng juga berkesan kepada kaum wanita dengan memantapkan kitaran haid mereka iaitu tetap pada masanya.

PENUAAN

Ginseng melambatkan proses penuaan yang umum dengan menjanakan proses pengliran darah yang sihat. Ginseng mencegah penyakit kardiovaskular dan juga berkesan meringankan keletihan. Maka, ginseng boleh dikatakan sebagai perangsang yang selamat dan boleh digunakan secara berterusan. Di negara China purba iaitu seawal dinasti Shang, penduduk pada masa itu telah tahu menggunakan ginseng untuk mengurangkan kesakitan pada sendi atau dikenali sebagai arthritis.

PANDANAGAN AHLI NUTRISI TERHADAP GINSENG

Ahli nutrisi Almanac berpendapat ginseng dapat menguatkan saraf dan jantung. Selain itu, ginseng boleh membina badan yang sihat dari segi mental dan fizikal serta meninggikan keupayaan daya ketahanan atau resisten badan dengan mengkuatkan dan mengiatkan kelenjar endokrin. Kelenjar endokrin merupakan organ penting yang mengawal proses fisiologi badan manusia termasuk metabolisme vatamin dan mineral.

Laporan pengkaji Soviet menyatakan ginseng boleh menormalkan tekanan di salur arteri dan ini berkesan dalam mengubati hipertensi dan hipotensi.

Terdapat sesetengah pakar barat pula tidak percaya terhadap fungsi ginseng kerana tidak terdapat bukti yang sainstifik untuk menunjukkan fungsi ginseng. Bagi mereka ginseng setakat boleh membekalkan tenaga lebihan kepada manusia dan tiada nilai perubatan.

Kesimpulannya, kita tidak dapat menentukan mana-mana piihak yang betul pada masa kini tetapi apa yang dipastikan ginseng memainkan peranan siokologi untuk mengubati pelbagai penyakit bagi mereka yang percaya terhadap fungsi ginseng.

RUJUKAN

1. Encyclopaedia Britannica CD 99

2. Zhang Jingwei, The Alpine Plants of China, Gordon and Breach, Science Publisher, Inc, New York.

3. http//www.alaskan.com/ginseng/ginseng-benefits.htm#top

4. http//www.ginseng.ca/giozool.htm

5. http//www.spritoftheforest.com/ginseng.htm

2 komentar:

Ginseng Palsu Korea mengatakan...

Biar gak tertipu tanaman ginseng baca http://ginsengpalsukorea.blogspot.com/

Anonim mengatakan...

Kalau produk ini Korean Red Ginseng Bagus Tidak?